Solidariti Palestin | Sistem kesihatan boleh lumpuh jika terus diserang

2022-03-24 0

Setiap hari bumi mereka dibedil, setiap hari tangisan mengiringi pemergian insan tersayang... dan setiap hari juga penduduk di Gaza hidup dalam ketakutan.

Dengar saja deruman jet pejuang, hati mula tidak tenteram, bimbang mereka pula jadi sasaran.

Namun di sebalik kesukaran, hidup tetap diteruskan sebaiknya.

Sekiranya Gaza terus dibedil tanpa henti, keadaan di sana akan menjadi lebih teruk malah sistem kesihatan juga mungkin lumpuh sepenuhnya.

Ikuti laporan ini, realiti sebenar di Gaza dikongsikan Ketua Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Gaza, Dr Medhat Abbas kepada Astro AWANI.